SEKAPUR SIRIH

ARTIS ditubuhkan dengan motif untuk mempromosikan daya saing di antara industri Malaysia. Ianya dibangunkan oleh perusahaan yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan dalam perniagaan mereka.

Kemajuan pesat dalam teknologi 'deep learning' pada tahun 2012, telah meningkatkan prestasi dalam teknologi seperti pengecaman imej dan pengecaman suara. Mesin dapat "melihat" situasi yang berbeza dan sesuai di dalam industri pembuatan. ARTIS cuba untuk bantu menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh penurunan jumlah penduduk disebabkan penuaan dan penangguran yang disebabkan oleh penggantian dengan mesin pintar dan ini adalah peluang besar bagi Malaysia. Banyak negara lain pantas menyesuaikan diri dengan teknologi baru ini. Sekiranya kita ingin berdaya saing di pentas global, saya rasa kita harus cepat mengembangkan [deep learning industry].

Untuk mencapai matlamat tersebut, kita harus mengembangkan bakat baru. Bukan sahaja mencari bakat-bakat baru yang memiliki pengetahuan Kecerdasan Buatan yang mendalam, kita juga memerlukan bakat yang memahami potensi dan batasan teknologi ini untuk memanfaatkannya sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah dunia nyata. 'Deep Learning' bukan jawapan untuk semua persoalan industri. Terdapat banyak jenis data yang sesuai digunakan oleh pembelajaran mesin dan beberapa jenis data terbaik digunakan menggunakan 'deep learning'. Seseorang yang dapat memahami Kecerdasan Buatan, Pembelaran Mesin dan 'deep learning' dalam organisasi adalah faktor yang sangat penting dalam mempromosikan kemajuan teknologi ini dalam industri. Pada masa yang sama, bakat yang dapat membangunkan perisian berasaskan Kecerdasan Buatan sebahagiannya tidak mencukupi. Saya berharap agar jurutera, penyelidik dan pelajar dari pelbagai bidang dapat mempelajari kemahiran baru ini.

Oleh kerana toleransi yang rendah dalam menerapkan teknologi ini, apa sahaja dan semua perkara boleh disebut Kercerdasan Buatan. Itulah sebabnya dalam bidang ini sangat penting untuk mempunyai tahap atau pengetahuan dan kemahiran tertentu. Aktiviti pertama dan terpenting persatuan ini adalah membangunkan ujian standard. Syarikat pengguna dan jurutera dikehendaki mempunyai tahap pengetahuan tertentu dalam menjalankan perbincangan praktikal atau mengembangkan perniagaan.

Agar produk Kecerdasan Buatan dapat digunakan secara meluas oleh masyarakat, terdapat keperluan untuk sistem perundangan, undang-undang privasi, etika moral untuk dibincangkan. Di sinilah peranan ARTIS untuk mengatur perbincangan atau acara yang melibatkan wakil kerajaan dan syarikat atau masyarakat yang menyediakan perkhidmatan 'deep learning'.

Sebelum penubuhan, syarikat yang terlibat dalam 'deep learning' dan 'startups' berkumpul dan berbincang mengenai penubuhan persatuan ini. Motif penubuhan adalah untuk mempromosikan daya saing di antara industri dan mengembangkan syarikat yang mengembangkan teknologi 'deep learning'. Walaupun 'deep learning' hanya dilihat sebagai teknik pembelajaran mesin, ia adalah teknologi yang penuh dengan potensi. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan Kecerdasan Buatan. Saya harap banyak syarikat, pakar, jurutera dan penyelidik bersetuju dengan aktiviti kami dan kami mengharapan penyertaan aktif anda dalam persatuan kami.

Azree Nazri

Presiden ARTIS

portfolio site templates