Indeks AI Malaysia

Disusun oleh ARTIS berdasarkan Oxford Insights dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Antarabangsa

how to make your own site

Indeks Kesediaan AI Malaysia, Singapura dan China

Indeks daripada Oxford Insights memberikan anggaran keseluruhan mengenai persiapan Malaysia untuk melaksanakan AI dalam penyampaian perkhidmatan awam dengan membandingkan dengan Singapura dan China. Indeks ini merangkumi 9 input metrik, dimulai dengan kemahiran digital dalam negara dan inovasi kerajaan sehingga kemampuan data yang ada. Indeks ini menyoroti kesediaan untuk revolusi AI dan sebagai rujukan kepada pelabur-pelabur asing. 

CountryPrivacy Laws AI Strategy Data Availability Gov't Procurement Data Capability Technology Skills AI Startups Private Sector Innovation Capability Digital Public Services Effectiveness of Government Importance of ICT to government vision of the future
Malaysia (29)YesForthcoming10%71%71%77%0.4%55%88%67%78%
Singapore (1)YesYes60%70%88%81%3.2%75%98%10084%
China (27)YesYes-61%68%67%7%64%86%54.0766%

Perbandingan 9 input metriks Malaysia, Singapura dan China    

Analisis Indeks Kesediaan AI Malaysia

Berdasarkan rajah diatas menunjukkan kemajuan yang tidak sama rata dalam persiapan kerajaan dan penggunaan AI di Malaysia, Singapura dan China. Namun, kerajaan Malaysia berusaha mengembangkan rancangan nasional untuk mempercepat penggunaan AI.

China
Dijangka China, yang menduduki tempat ke keenam di Asia Pasifik dan ke-21 di peringkat global, akan membaiki kedudukan pada tahun 2020. Kerajaan pusat China memberikan tumpuan yang kuat untuk melabur dalam kemampuan AI. Walaupun China mungkin ketinggalan dalam penyelidikan asas, China terus maju menguasai teknologi AI. Untuk penggunaan teknologi AI, kelebihan China terletak pada data yang banyak (dan undang-undang privasi yang longgar), dan jumlah jurutera AI yang semakin meningkat, bersama dengan ekosistem syarikat pemula (Startups) yang kuat dan bertenaga. Data yang bayak, secara khususnya, akan memberikan China kelebihan daya saing yang jelas untuk industri AI yang sukar diatasi oleh negara lain.
  
Singapura
Singapura mengambil pendekatan yang berbeza daripada China, dengan perhatian yang khusus kepada masalah masyarakat menggunakan teknologi AI. Singapura adalah antara beberapa negara yang telah membangunkan Majlis Penasihat AI sebagai salah satu keutamaan di dalam strategi AI Singapura, untuk membantu kerajaan mengembangkan piawaian etika dan kerangka kerja rujukan kerajaan, mengeluarkan panduan nasihat, panduak praktikal dan kod praktik untuk penggunaan ekosistem perniagaan. Singapura juga memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi AI yang lebih bertanggungjawab. Singapura mendahului indeks AI dengan mengatasi masalah algoritma yang telus dan adil serta secara pratiknya memasukkan unsur-unsur persaingan, privasi dan etika ke dalam kerangka polisi dan perundangan. 

Malaysia
Negara Teluk yang kaya dengan minyak sedang mempelbagaikan ekonomi mereka dengan memberi isyarat kuat mengenai pentingnya AI untuk masa depan mereka. UAE telah mengumumkan menteri AI pertama yang berdedikasi di dunia, sementara Arab Saudi baru-baru ini memberikan kewarganegaraan kepada robot. Malaysia sepatutnya mempelajari pengalaman China dan Singapura berserta mempunyai matlamat seperti Negara Teluk dalam mempelbagaikan sumber ekonomi tanpa bergantung hanya kepada minyak. Malaysia sepatutnya menunjukkan komitmen kuat untuk mengembangkan kemampuan AI. Malaysia perlu berinvestasi dalam teknologi baru, dengan kerajaan berfungsi sebagai pengguna awal. Malaysia mempunyai pelbagai strategi yang berkaitan dengan AI (seperti bandar pintar) yang dapat mempercepatkan penggunaan AI. Dalam jangka pendek dan sederhana, ekonomi Malaysia perlu banyak memberi fokus untuk menarik dan mengekalkan bakat asing dan tempatan (yang sudah kekurangan di seluruh dunia) dan juga syarikat pemula (startups). Turun naik harga minyak dapat mempengaruhi pelaburan, tetapi mencipta insentif untuk mempelbagaikan eknonomi Malaysia di luar industri berasaskan minyak tradisional. Walaupun fokus setakat ini adalah pelaburan dalam penggunaan AI, banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mempersiapkan masyarakat Malaysia untuk memanfaatkan, dan mengurangkan kemungkinan gangguan dalam pertumbuhan AI.
 
Keutamaan Malaysia
Kemahiran dan data yang dipertingkatkan amat diperlukan untuk penggunaan teknologi AI secara meluas dalam kerajaan. Memupuk penyelidikan asas adalah penting, tetapi bukan penyelesaian untuk keperluan jangka pendek. Malaysia yang sudah memiliki sistem pendidikan STEM yang agak kuat mempunyai kelebihan, tetapi Malaysia perlu mengimport kemahiran ini dalam jangka pendek, yang bermaksud Malaysia harus memberi insentif yang kuat untuk menarik bakat luar. Ini juga bermaksud bahawa Malaysia harus melonggarkan peraturan buruh negara untuk memudahkan import kemahiran yang diperlukan. Axiata mengambil banyak kepakaran luar untuk membangunkan teknologi AI dengan data yang ada.
Memupuk penggunaan AI yang lebih bertanggungjawab dan menguruskan kesan sosial negara: dengan menerbitkan strategi AI Malaysia, kerajaan Malaysia perlu memberi perhatian khusus kepada penggunaan teknologi AI yang lebih bertanggungjawab. Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia harus mempersiapkan masyarakat untuk menyesuaikan gangguan (disruption) akibat penggunaan teknologi AI yang meluas. 
Memupuk persaingan sihat: manfaat AI akan dapat dimaksimumkan oleh syarikat korporat yang bersedia untuk melabur secara besar-besaran. Memupuk persaingan yang sihat melalui mekanisme pengawalseliaan yang tepat akan menjadi sangat penting jika Malaysia ingin membangunkan ekosistem inovasi dinamik dalam AI. Ini bermaksud membolehkan aliran data bebas melebihi silo yang ada, tetapi dengan cara yang bertanggunjawab melindungi privasi data. TMOne adalah syarikat korporat yang sedang menjadi peneraju di dalam teknologi AI yang dapat memberi kesan kepada syarikat-syarikat lain. 


Pengenalan Indeks Kesediaan AI

Teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) diramalkan akan menambah sebanyak USD 15 trilion ke dalam ekonomi global pada tahun 2030. Menurut data daripada Oxford Insights, kerajaan negara maju dapat memanfaatkan dengan lebih baik teknologi AI berbanding kerajaan negara sedang membangun. Oleh itu, ada risiko bahawa negara-negara sedang membangun ketinggalan dengan revolusi industri 4. Negara maju bukan sahaja meraih potensi AI, tetapi juga bahaya perlaksanaan yang tidak sama yang akan memperluaskan ketaksamaan global. 

AI mempunyai kekuatan untuk mengubah cara kerajaan di seluruh dunia menyampaikan perkhidmatan awam. Seterusnya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Kerajaan sedang menerapkan AI di dalam operasi dan penyediaan perkhidmatan mereka, untuk meningkatkan kecekapan, menjimatkan masa dan wang, dan memberikan perkhidmatan awam yang lebih berkualiti. 

Pada tahun 2017, Oxford Insights telah membuat Indeks Kesediaan AI untuk kerajaan, dan hasilnya berusaha untuk melihat kemampuan kerajaan semasa untuk memanfaatkan potensi AI yang inovatif. Skor keseluruhan daripada Oxford Insights terdiri daripada 11 input metrik, dikategorikan di bawah empat kelompak aras tinggi: (1) pengurusan, (2) infrastruktur dan data, (3) kemahiran dan pendidikan, dan (4) perkhidmatan kerajaan dan awam. Data tersebut diperoleh dari pelbagai sumber, mulai dari penelitian Oxford Insights sendiri, hingga pangkalan data seperti jumlah syarikat permula (startup) AI yang berdaftar di Crunchbase, dan rujukan pada indeks Pembangunan eGovernment PBB. 

Mobirise