PROGRAM BIASISWA AI "UP-/RE-SKILLING" ARTIS

IJAZAH SARJANA DENGAN PENYELIDIKAN

best free css templates

PERMASALAHAN

Dianggarkan sekitar 70% organisasi akan mengintegrasikan AI untuk membantu produktiviti perkerja menjelang 2021 dan hanya 26% syarikat Malaysia menggunakan AI. Kadar penggunaan rendah disebabkan oleh 2 halangan (1) budaya organisasi dan (2) kumpulan kemahiran pekerja yang terhad. ARTIS menawarkan program "Up-/Re-skilling" untuk merapatkan jurang (2)

KEBAIKAN

Untuk mengembangkan potensi AI nasional, ARTIS akan memberi tumpuan kepada pengembangan bakat AI dan teknologi data dengan berkerja sama dengan rakan industri ARTIS di samping membina infrastruktur yang membolehkan ekosistem AI yang dipercayai. ARTIS berazam untuk menghasilkan pakar AI dalam setahun dalam gandaan 7. Dalam masa 4 tahun ARTIS berazam menghasilkan 2,401 pakar AI untuk pasaran Malaysia.  



HANTARKAN PERMOHONAN ANDA ATAU PERTANYAAN KE:

email: asa43@cantab,net










KELAYAKAN DAN PENGALAMAN YANG DISYORKAN

+ Mempunyai ijazah komputer sains/ kejuruteraan komputer / statistik / matematik dari universiti yang diiktiraf

+ Sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman berkerja dalam AI. Menggunakan/membina sekurang-kurangnya satu (1) produk AI yang digunakan oleh pelanggan komersial

+ Mampu  mereplikasi algoritma AI dari jurnal penerbitan dan digunakan pada aplikasi komersial.

+ RM3,000 gaji bulanan selama 18 bulan.

+ Projek daripada masalah industri sebenar.

+ Diselia oleh pakar industri dan akademik